ARKIB

KATEGORI

Buletin

Navara terbabas rempuh tiang jejambat, tiga beranak maut

Berita Tempatan

Views

Tiga beranak maut manakala seorang ahli keluarga parah ekoran kenderaan pacuan empat roda dinaiki dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang malam tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, dalam kejadian pada pukul 11.41 malam itu, pemandu Jimmykal Assam, 44 dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, seorang lagi anggota keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tiang jejambat Jalan Lintas, Luyang.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah telah dibawa ambulans ke HQE I untuk rawatan lanjut.

Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuklah butiran dua mangsa akan dikemaskini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Eva Natasha

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply