ARKIB

KATEGORI

Buletin

MIDF Research jangka tempoh menunggu Alza sehingga 10 bulan

Berita Tempatan

Views

Tempoh menunggu Perodua Alza serba baharu yang dilancarkan pada 20 Julai lalu adalah antara lapan hingga 10 bulan, dengan 39,000 tempahan diterima setakat ini termasuk 9,000 tempahan sepanjang bulan lalu.

Menurut Berita Harian, MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, tempahan pasca pengecualian cukai untuk syarikat kereta nasional kedua itu masih memberangsangkan apabila berjaya memperoleh sekitar 24,265 tempahan baharu pada Julai, bersamaan dengan kira-kira sebulan jumlah keseluruhan industri (TIV) Perodua.

Pihaknya mendapati bahawa jumlah ini adalah tambahan daripada 243,000 tempahan tertunggak, bersamaan dengan nilai setahun Perodua yang diumumkan bulan lalu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tempahan pada bulan Julai yang kukuh menandakan momentum jualan masih mantap, yang mereka fikir sebahagiannya didorong oleh pelancaran Alza baharu baru-baru ini dan secara umunya, didorong permintaan terpendam di tengah-tengah pasaran buruh yang bertambah baik secara beransur-ansur sejajar dengan pemulihan makro.

Firma penyelidikan itu berkata, secara positifnya, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad turut menyatakan bahawa kumpulan itu telah memperoleh bekalan cip untuk baki tahun ini untuk mencapai rekod sasaran TIV tahunannya sebanyak 247,800 unit bagi tahun ini.

Perodua juga sedang melihat untuk berkongsi sumber dengan vendor, contohnya penempatan tenaga kerja, perkongsian gudang dan pengaturan alat ganti untuk menangani isu kekurangan buruh asing di vendor dan memastikan rantaian bekalan yang lancar di dalam negara.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

MIDF Research juga menjangkakan usaha ini akan menghasilkan penjimatan kos yang akan membantu mengurangkan kesan kos bahan dan logistik yang lebih tinggi.

Tambah MIDF Research, walaupun TIV Perodua pada Julai dijangka lemah sedikit berbanding Jun memandangkan isu bekalan cip, pengeluar kereta itu difahamkan cuba meningkatkan pengeluaran kepada sekitar 26,000 sebulan pada separuh kedua 2022, berbanding purata 21,700 sebulan pada separuh pertama 2022 untuk memendekkan senarai menunggu.

Sekiranya ini menjadi kenyataan, mereka melihat kemungkinan TIV Perodua bagi 2022 mampu mengatasi bukan sahaja prestasi malahan sasaran jualan 247,800 yang disasarkan oleh pengurusan.

Seperti sedia maklum, unjuran MIDF Research bagi TIV Perodua tahun ini ialah 243,500 unit, meningkat 28 peratus tahun ke tahun, lebih konservatif sedikit berbanding sasaran pengurusan syarikat itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply