ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis cari pemandu Iriz biru berhenti mengejut di lorong kanan MRR2

Tular

Views

Polis sedang mengesan sebuah kereta jenis Proton Iriz yang membuat halangan di kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di Gombak baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya terkesan kejadian tersebut menerusi video tular yang dimuat naik di Aplikasi X, hari ini.

Katanya, video berdurasi 27 saat itu memperlihatkan kereta berwarna biru tersebut telah membuat halangan yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kereta terbabit dipandu dari arah Batu Caves menghala ke arah Ampang.

Setibanya di lokasi kejadian, kereta yang dipandu di lorong tengah tersebut telah menukar haluan ke lorong paling kanan.

Susulan itu, pemandu kereta terbabit telah memperlahankan kenderaan dan berhenti selama beberapa saat sebelum kembali bergerak meneruskan perjalanan.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ekoran kejadian itu, Noor Ariffin meminta pemandu kereta tersebut dan pemilik rakaman video pemuka (dashcam) yang merakamkan kejadian untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply