Hujan lebat berserta angin kuat pada waktu pagi dan disusuli hujan renyai pada tengah hari menyebabkan berlaku kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh dekat Langkawi pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian terbabit menyebabkan aliran air deras berlaku di kawasan parkir SkyCab di Oriental Village dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.
Menurutnya, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan mangsa, namun sebuah kereta jenis Nissan Almera dihanyutkan sebelum ditemui di dalam sungai.
“Antara kemudahan yang terjejas ialah lima kiosk, lapan kedai di medan selera (food court), lima kedai baju dan dua buah cafe. “Bagaimanapun kita masih belum terima laporan mengenai kejadian setakat ini,” katanya pada Jumaat.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin berkata, hujan lebat berterusan dari jam 11.30 malam pada Khamis sehingga 12.50 tengah hari pada Jumaat mengakibatkan kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh.
Beliau berkata, hujan mula berhenti pada jam 2 petang dan air surut sepenuhnya pada jam 2.40 petang pada Jumaat. “Kerosakan di kawasan yang terjejas masih dikenal pasti,” jelasnya. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Tanpa Nama
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI