ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Juke 2020 buat penampilan pertama 3 September 2019

Berita Global

Views

Nissan dilihat semakin ‘galak’ mengusik jiwa warganet dengan mendedahkan imej acah ketiga Juke 2020 yang bakal membuat penampilan pertamanya pada 3 September 2019. Generasi baharu Juke ini kemudiannya akan membuat kemunculan global di Frankfurt Motor Show pada hujung bulan yang sama.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Buat masa ini hanya ada beberapa imej acah yang sengaja digelapkan dan hanya memperlihatkan beberapa bahagian crossover kompak tersebut, terutama sekali lampunya. Di bahagian depan, ia menampilkan rekaan lampu nyalaan siang LED nipis yang terletak di atas lampu utama yang berbentuk bulat. Kali ini jeriji V-Motion dipasang pada model Juke 2020 untuk meneruskan legasi falsafah reka bentuk keluarga Nissan yang terbaharu.

Dengan apa yang ada ketika ini, agak sukar untuk membuat penilaian awal dan kami menjangkakan Juke 2020 akan membawa unsur gaya rekaan model semasa dengan beberapa perubahan ketara di luar dan dalam. Crossover kompak ini dibina dari pelantar CMF yang turut dikongsi oleh model Renault Clio dan Captur.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Beberapa pilihan enjin dijangka menjadi pilihan, sama ada enjin 1.3 liter empat silinder dengan dua ouput berbeza – 138 kuasa kuda dan 158 kuasa kuda, namun ia masih belum disahkan. Desas-desus turut turut bertiup kencang mengatakan, model ini mungkin mendapat enjin pengecasturbo 1.0 liter tiga silinder dan enjin diesel 1.5 liter.

Ada juga laporan yang mengatakan, Nissan bakal menawarkan varian hibrid plug-in yang menggunakan kombinasi enjin petrol 1.6 liter, sebuah motor elektrik dan pek bateri berkapasiti 9.8 kWh. Kombinasi ini mampu menggerakkan model ini dalam mod elektrik sepenuhnya dalam jarak 30 km. Nantikan pengenalan Juke 2020 pada 3 September 2019 untuk mengetahui info lebih lanjut!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply