ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Versa/Almera 2020 – Cik Mera kini semakin jelita

Berita Global

Views

Ketika kebanyakan pengeluar dah tak pandang model sedan, Nissan membuat pendekatan berbeza dengan memperkenalkan model generasi baharu Versa/Almera di Festival Muzik Tortuga di Florida. Kali ini rekaan Versa/Almera lebih baik dan cantik berbanding model sebelumnya, sekali imbas ia seakan model Altima versi kecil.

Versa/Almera menampilkan rekaan keluarga baharu Nissan dengan jeriji V-motion yang lebih langsing, diapit oleh sepasang lampu depan yang sedikit condong. Walaupun nampak seperti Sandy Cheeks (watak seekor tupai dalam siri kartun Sponge Bob SquarePants) dari arah depan, ia nampak jauh lebih garang dan sporty.

Dari sisi rekaannya agak sedikit konvensional namun ia mempunyai satu lekuk pada tiang-C yang memperlihatkan bahagian bumbungnya seolah-olah terapung. Rekaan bahagian belakangnya pula kini jauh lebih seksi dan moden, terutama sekali bentuk lampu yang bercabang dari arah sisi.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Di bahagian dalam, ia merupakan satu perubahan drastik dan nampak rekaan kabin Versa/Almera baharu ini jauh lebih kemas dan teratur. Segalanya perkakasan yang ada pada papan pemuka disusun dengan baik dan stereng yang rata dibahagian bawah menjadi daya penarik utama di kawasan tersebut.

Sistem infohibur Versa/Almera ini serasi dengan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay, manakala permainan dua tona warna pada kemasan dalaman dan diserikan lagi dengan hiasan krom menyerlahkan lagi ruang kabinnya.

Setakat ini masih belum ada butiran terperinci mengenai model ini, namun dikatakan versi asasnya akan dilengkapi dengan sistem kemasukan pintar, butang penghidup enjin dan tingkap kuasa. Selain itu pelanggan boleh memilih untuk menambah beberapa ciri tambahan seperti tempat duduk depan dengan pemanas dan sistem kawalan suhu.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Model ini turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu, Nissan Safety Shield 360 yang merangkumi Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Belakang, Amaran Pemandu Pintar dan Kawalan Jelajah Pintar sebagai ciri pilihan. Ia merupakan tambahan kepada ciri keselamatan standard seperti Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesan Pejalan Kaki, Brek Belakang Automatik, Amaran Keluar Lorong dan Bantuan Lampu Tinggi.

Versa/Almera dilengkapi dengan enjin 1.6-liter empat silinder yang dinaik taraf dan mampu menghasilkan 122 kuasa kuda dan 154 Nm daya kilas. Ini bermakna tenaga enjin ini telah berjaya dinaikkan sebanyak 13 kuasa kuda dan 9 Nm daya kilas berbanding sebelumnya.

Walaupun kuasa enjinnya dinaikkan, Nissan telah mengambil keputusan untuk mengekalkan transmisi lima kelajuan manual pada model semasa dan pelanggan juga mempunyai satu lagi pilihan transmisi iaitu CVT yang dipertingkatkan.

Model ini akan mula berada di pasaran Amerika Syarikat pada musim luruh nanti dan harganya hanya akan diketahui semasa pelancarannya nanti. Kami berharap ETCM akan membawa masuk model ini seawal tahun hadapan, dah tak sabar nak menguji Cik Mera baharu ni, makin lawa dan mantap!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply