ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem kutipan tol elektronik (ETC) sepenuhnya di LPT1 bermula semalam

Views

ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), semalam telah mula melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) sepenuhnya di sembilan (9) plaza tol LPT 1 bermula jam 12 tengah hari.

Berikut adalah sembilan (9) Plaza Tol yang melaksanakan sistem kutipan tol elektrik sepenuhnya di LPT 1:

BilPlaza TolNegeri
1KarakPahang
2LanchangPahang
3TemerlohPahang
4ChenorPahang
5MaranPahang
6Sri JayaPahang
7GambangPahang
8KuantanPahang
9JaborTerengganu

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pelaksanaan sistem ETC sepenuhnya pada hari pertama di LPT 1 telah berjalan lancar tanpa gangguan sistem dan kesesakan. Secara keseluruhannya kesemua 57 lorong di sembilan (9) buah plaza tol di sepanjang LPT 1 yang bermula dari Karak di KM76.1, Pahang sehingga ke Jabor, Terengganu di KM250.6, berfungsi dengan baik.

ANIH Berhad turut menempatkan kakitangan di lorong bagi membantu pengguna sekiranya mereka menghadapi masalah ketika melaksanakan transaksi pembayaran tol. Selain itu, ANIH Berhad turut menyediakan kios layan diri atau Self-Service Kiosk di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Temerloh dan R&R Gambang bagi membolehkan pengguna yang berhenti rehat membeli atau menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka. Tiga (3) Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) telah dibuka sepanjang LPT 1 iaitu di Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan dari jam 7 pagi-10 malam setiap hari. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai kaunter aduan pelanggan.

Untuk pertanyaan hubungi LPT-Line di 09-547 9111/ 1700-818-700 atau ikuti medium komunikasi Facebook di Lebuhraya Pantai Timur dan Twitter di @LPTTrafik bagi mengetahui status dan maklumat terkini di sepanjang jajaran LPT 1. Mesej turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal.

Sebelum ini, ANIH Berhad juga merupakan antara konsesi tol terawal yang melaksanakan sistem ETC sepenuhnya di plaza tol iaitu di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) yang melibatkan Plaza Tol Gombak di Selangor dan Plaza Tol Bentong di Pahang pada 9 September 2015. Dengan adanya sistem ETC, ia mampu memproses bayaran kutipan tol sehingga 600 buah kenderaan sejam untuk pengguna kad TnG, manakala 1,000 kenderaan sejam bagi lorong SmartTAG. Lorong tunai hanya dapat memproses 240 buah kenderaan untuk tempoh sejam.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply