ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Khas Lampu HID – 35 kenderaan disaman

Berita Tempatan

Views

Seramai 35 individu dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan kerana menggunakan lampu High Intensity Discharged (HID) pada kenderaan.

Astro AWANI melaporkan, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kenderaan berkenaan dikenakan tindakan dalam operasi khas lampu HID di Kilometer 5.5 Jalan Seremban-Tampin berhadapan JPJ, kelmarin.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, dalam operasi dua jam yang bermula pada 9 malam itu, sebanyak 496 kenderaan diperiksa dan 55 dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu, 35 buah kenderaan dikenakan tindakan mengikut Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959 kerana memasang lampu HID secara retrofit tanpa kebenaran.

Menurutnya, operasi dilaksanakan bahagian Penguat kuasa JPJ itu bagi memastikan pemilik kenderaan persendirian khususnya, mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Kata beliau, penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan kerana kesalahan pemasangan lampu HID boleh menimbulkan ketidakselesaan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Tambahnya, JPJ Negeri Sembilan sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin.

Ujar beliau lagi, ia juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana pengguna jalan raya lain akan menghadapi kesukaran memandu akibat pencahayaan tinggi dan menyebabkan keadaan silau.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Sembilan

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply