ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Penguatkuasaan Trafik – Ferrari, Lotus dan Porsche antara yang ditahan

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya semalam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Polis Daerah Hulu Selangor telah menjalankan satu Op Penguatkuasaan Trafik di Jalan Sungai Tua – Ulu Yam dan Jalan Batang Kali – Genting Highlands.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Laluan ini sering dijadikan ‘litar’ bagi menguji keupayaan kereta terutama pada hujung minggu. Dalam Op tersebut sebanyak 72 buah motokar, 22 buah motosikal, 3 buah MPV dan 2 buah lori telah ditahan.

19 kompaun juga telah dikeluarkan kerana kesalahan merentas negeri / daerah tanpa kebenaran. Sebanyak 19 saman turut dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan trafik.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Antara kenderaan yang ditahan adalah beberapa buah kereta mewah berprestasi tinggi jenis Ferrari, Lotus dan Porsche. Ada di kalangan warganet yang memberi komen berharap agar operasi sebegini kerap diadakan bagi membendung kegiatan yang telah lama berleluasa ini.

Dalam masa yang sama pihak polis meminta supaya orang ramai supaya mematuhi peraturan-peraturan ketika di jalan raya dan menjaga keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain serta pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Hulu Selangor

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply