Hasrat dua remaja yang ingin menghabiskan masa hujung minggu untuk berkelah terbantut apabila ditangkap berasingan oleh sepasukan polis dari JSPT IPK Terengganu (Skuad 42) dalam Operasi Samseng Jalanan pada pagi Jumaat.
Menurut Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu, remaja pertama yang ditangkap berusia 21 tahun menunggang motosikal dari Kg Sura, Dungun hendak menuju ke Pantai Penarik, Setiu untuk bersiar-siar.
JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring
Semasa melalui Lebuhraya LPT 2, remaja pertama itu menunggang motosikal sambil meniarap di atas tempat duduk motosikal (ala Superman) berulang kali sejauh 12 kilometer.
Remaja kedua pula yang ditangkap berusia 18 tahun menunggang motosikal dari Bukit Payong, Marang menuju ke Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi juga untuk bersiar-siar.
Semasa melalui Lebuhraya LPT 2, remaja kedua itu menunggang motosikal sambil berdiri di atas tempat duduk motosikal dengan sebelah kaki dan melakukan aksi wheelie berulang kali sejauh 200 meter.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Skuad 42 JSPT IPK Terengganu yang sedang menjalankan risikan di sepanjang Lebuhraya LPT 2 dekat kawasan Ajil – Bukit Besi terserempak dan terus mengekori kedua-dua remaja tersebut sehingga kedua-duanya ditangkap di R&R Ajil dan R&R Bukit Besi.
Kedua-dua remaja itu bersama motosikal mereka telah dibawa ke BSPT IPD Hulu Terengganu untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan aksi-aksi yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI