ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pemandu Warga Asing di Kuantan – 279 notis dikeluarkan, 5 orang ditahan

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi JPJ Negeri Pahang semalam telah memuatnaik satu hantaran berkaitan satu Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang, Tuan Mohammad Abdullah.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Operasi yang diadakan di Jalan Gebeng, Kuantan itu telah melibatkan seramai 14 pegawai dan 78 anggota dari pelbagai agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Sejumlah 279 notis atas pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan dalam operasi yang bermula dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam itu. Sebanyak 12 buah motosikal turut disita oleh pihak JPJ. Selain itu, AADK turut menjalankan 54 ujian saringan dan 2 orang telah didapati positif dadah jenis Methaphethamine dan THC.

Kedua-dua mereka telah ditahan untuk tindakan lanjut. Manakala pihak JIM pula telah menahan seramai 5 orang iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan yang tidak memiliki dokumen yang sah. JPN turut mencatatkan 1 kes Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) tamat tempoh.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook rasmi JPJ Negeri Pahang.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply