ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal lancar 4 model baharu dari 2020 -2023

Berita Tempatan

Views

Semasa acara pelancaran rasmi Saga 2019, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong mendedahkan beberapa strategi yang akan dibuat oleh syarikat tersebut. Antaranya adalah pengenalan beberapa model baharu dan jika merujuk kepada slaid yang dipancarkan ke layar gergasi di belakang pentas utama, Proton akan melancarkan satu model baharu setiap tahun bermula dari 2020 hingga 2023. Ia tidak termasuk model-model yang dikemaskini.

Untuk tahun ini, Proton hanya memperkenalkan beberapa model semasa yang dinaik taraf, bermula dari Iriz, Persona, Exora (RC) dan yang terkini adalah Saga 2019. Selepas ini, satu lagi model bakal diperkenalkan, iaitu unit pemasangan tempatan (CKD) X70 yang akan dikeluarkan di Tanjung Malim. Ketika ini ujian percubaan telah mula dijalankan dan ia dijangka akan diperkenalkan pada suku ke-empat 2019.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Pada tahun 2020, seperti yang kita ketahui Proton akan memperkenalkan sebuah SUV kompak segmen-B, X50 yang kini mula menjalani ujian di jalan raya Malaysia. Tahun berikutnya (2021), sebuah model sedan bakal diperkenalkan dan besar kemungkinan ia pengganti kepada Prevé yang telah tamat pengeluarannya hujung tahun lalu.

Apakah model yang bakal menggantikan Prevé nanti? Menurut info risikan kami dalam artikel sebelum ini, ia merupakan sebuah sedan Geely dengan namakod FE6@8. Besar kemungkinan ia adalah model Geely Bin Rui yang telah dilancarkan di Chengdu Auto Show 2018 pada bulan September tahun lalu. Pada tahun 2022, Proton akan memperkenalkan sebuah lagi model sedan, namun kami tidak mempunyai sebarang maklumat awal mengenainya.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Jika mengikut risikan kami, pada 2021 Proton akan memperkenalkan model Iriz dan Persona yang dipertingkatkan (Minor Change – MC2), manakala pada tahun 2023 kedua-dua model ini akan digantikan sepenuhnya. Difahamkan model generasi baharu Iriz dan Persona nanti akan menampilkan rekaan, enjin serta transmisi baharu sepenuhnya dan dikatakan ia lebih panjang berbanding model semasa.

Berbalik kepada slaid tersebut, pada tahun 2023, Proton dijangka memperkenalkan sebuah lagi SUV. Ada dua kemungkinan di sini, sama ada ia merupakan model X70 serba baharu atau model SUV besar yang dibangunkan dari Geely SX12. Proton juga dikatakan sedang merancang pembinaan sebuah kilang enjin baharu di Tanjung Malim yang dijangka mula beroperasi pada 2023.

Enjin yang dihasilkan di kilang ini nanti bakal menjana model-model generasi baharu Proton pada masa depan. Adakah Proton mengubah fikiran dan membatalkan perancangan asal untuk memperkenalkan model pengganti Exora yang dibangunkan dari Geely Jiaji? Kalau merujuk kepada slaid ini memang kelibat model berbentuk MPV tiada dalam perancangan mereka.

Kita nantikan perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Paultan.org

Foto risikan Proton X50

Geely Bin Rui

Geely SX12

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply