Makluman bagi semua warga kota! Operasi Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) jajaran LRT Ampang dan Sri Petaling akan digantung buat sementara selama satu hari pada hari esok (16 Julai) bagi kerja-kerja perpindahan sistem isyarat tren sepenuhnya. Pihak Prasarana Malaysia Berhad akan menyediakan perkhidmatan bas Rapid KL secara percuma untuk kemudahan para penumpang yang terjejas.
Walaubagaimanapun LRT Kelana Jaya dan jajaran Monorail akan terus beroperasi seperti biasa untuk memberikan kemudahan pengangkutan awam untuk warga kota. Jurucakap bagi pihak Rapid KL, Lim Jin Aun berkata, “Kami akan menyediakan 70 buah bas di 16 zon bagi laluan dari stesen LRT Bandar Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Hang Tuah, Sentul Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights,”.
Kesemua bas terbabit akan menuju ke stesen LRT Masjid Jamek dan berakhir di hab bas Pasar Seni, yang terletak di bawah stesen LRT Pasar Seni jajaran ke Kelana Jaya. Dengan perpindahan sepenuhnya sistem isyarat ini, sebanyak enam buah tren baharu akan mula beroperasi di antara Sentul Timur dan Putra Heights, yang bakal dinamakan semula secara rasmi sebagai LRT Petaling Line mulai Ahad ini.
Anda tidak perlu lagi untuk menukar tren di stesen Sri Petaling atau Chan Sow Lin, hanya perlu ke salah satu dari sembilan stesen antara Chan Sow Lin dan Ampang. Mulai Ahad ini juga, jajaran LRT Ampang akan bermula yang menghubungkan stesen Ampang station dan Chan Sow Lin.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI