ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi trafik besar-besaran fasa kedua bermula Jumaat ini – Polis KL

Berita Tempatan

Views

Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi Hormat Undang-undang Fasa dua dengan lebih tegas membabitkan kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara bermula 15 sehingga 29 September.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan semula berikutan impak positif dalam kalangan pengguna terhadap kepatuhan peraturan jalan raya.

Jelas beliau, pihaknya akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sebanyak 16 lokasi menjadi tumpuan termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail.

Allaudeen berkata, pelaksanaan operasi turut dijalankan pada waktu puncak membabitkan 1,000 anggota terdiri daripada pegawai kanan dan rendah.

Operasi itu melibatkan tiga agensi antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Alam Sekitar.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut Allaudeen, dalam operasi fasa satu bermula 1 Julai hingga 31 Julai lalu, pihaknya mengutip sebanyak 157,000 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Tambah beliau, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak mengabaikan tanda lalu lintas dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.

Pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam melakukan kesalahan jalan raya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis KL

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply