ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear lancar empat tayar baharu di Malaysia sempena ulang tahun ke-125

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-125, Goodyear telah menganjurkan sebuah acara serantau bertemakan “Goodyear:125 Years in Motion” baru-baru ini.

Hampir 300 wakil pelanggan menghadiri acara tersebut yang turut dihadiri Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang; Naib Presiden Tayar Pengguna Goodyear Asia Pasifik, Pietro Saletta; dan Naib Presiden Pembangunan dan Kualiti Produk Goodyear Asia Pasifik, Greg Hanna.

Menurut Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang, Asia Pasifik telah menjadi salah satu daripada pasaran automotif terbesar di dunia dan mempunyai potensi yang luar biasa.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Serentak dengan itu, Goodyear turut melancarkan empat produk baharu iaitu, Eagle F1 Asymmetric 6 for Luxury Sports, Wrangler DuraTrac RT for Premium 4×4 Off-Road, ElectricDrive, dan Assurance MaxGuard for Mid Passenger.

Dikuasakan oleh teknologi termaju Goodyear, produk baharu ini bukan sahaja memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada pelanggan, tetapi turut meningkatkan lagi mutu penawaran produk Goodyear di Asia Pasifik.

Pada majlis itu juga, Goodyear menekankan komitmennya terhadap “Better Future” dengan paparan interaktif yang membolehkan para hadirin memahami secara lebih mendalam penyelesaian dan perkhidmatan unggul yang ditawarkan oleh Goodyear untuk masa depan mobiliti.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Goodyear komited untuk meningkatkan kecekapan tenaga, keselamatan, jangka hayat tayar, keselesaan, kemudahan, dan penyelesaian berasaskan digital.

Di samping itu, Goodyear telah memaparkan demonstrasi tayarnya yang 90 peratus diperbuat daripada bahan mampan, sekali gus menunjukkan aspirasinya untuk membangunkan tayar yang 100 peratus diperbuat daripada bahan mampan dan bebas penyelenggaraan menjelang 2030.

Pengeluar kereta terkemuka di dunia mempercayai tayar Goodyear yang membawa jenama mereka. Goodyear bersedia untuk 125 tahun yang seterusnya, mengulangi komitmen untuk menyediakan penyelesaian jangka panjang terbaik bagi memastikan kelangsungan mobiliti di masa depan untuk pelanggan dan komuniti kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply