ARKIB

KATEGORI

Buletin

Orang Asli merungut, laluan ke penempatan mereka rosak dilanyak geng 4×4

Berita Tempatan

Views

Komuniti Orang Asli di Gua Musang merungut apabila laluan yang menghubungkan penempatan mereka rosak gara-gara aktiviti lasak kenderaan pacuan empat roda.

Menurut UTUSAN, keadaan laluan yang menghubung penempatan me­reka dengan jalan raya utama dijangka bertambah teruk menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula November ini.

Antara perkampungan yang teruk terkesan dengan aktiviti peminat sukan lasak itu ialah Kampung Pos Gob, Pos Balar, Pos Bihai serta Pos Tohoi.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Kajang, Pos Gob, Radi Uda, 51, berkata, mereka cukup terkesan apabila tidak dapat keluar ke bandar menggunakan jalan balak kerana laluan rosak dilalui kenderaan tersebut.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah terutama ketika mereka berdepan kes kecemasan seperti sakit atau mahu bersalin kerana tidak keluar menggunakan jalan darat.

Jika orang kampung sahaja yang menggunakan, jalan ini tidak akan jadi rosak macam ini. Tetapi bila ada yang masuk untuk bermain pacuan empat roda pada hujan tetapi kami orang kampung yang terseksa.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Akibatnya, mereka memerlukan masa hingga hampir 12 jam untuk keluar dari kawasan kampung ke bandar Gua Musang.

Seorang lagi penduduk, John Busu, 36, memberitahu, sejak bulan September lalu sudah lebih lima kali dia terserempak dengan kenderaan pacuan empat roda masuk ke Pos Gob.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa dapat mengetatkan kawalan kepada pihak yang ­ingin mengadakan program di kawasan perkampungan Orang Asli ketika musim tengkujuh.

Ujar­nya, aktiviti yang memberi keseronokan kepada peminat sukan lasak itu hanya mendatangkan kesusahan kepada penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman untuk me­lakukan urusan harian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply