ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ottimo acah model tanah liat ‘supermoped’ 175cc baharu?

Berita Tempatan

Views

Pengeluar motosikal tempatan yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah, Ottimo Technologies Sdn. Bhd (Ottimo) sekali menayangkan sebuah model kapcai misteri yang berkemungkinan besar ‘supermoped 175cc‘ baharu.

Model tanah liat supermoped yang dijangka bakal menerjah pasaran pada tahun depan itu diacah menerusi satu video ringkas yang dimuatnaik ke laman Facebook rasmi mereka sejak malam tadi.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Model ini adalah rekaan anak tempatan sepenuhnya dari dari syarikat induk Ottimo, Destra Motore yang menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) selain mengeluarkan komponen dan aksesori untuk roda dua.

Menerusi video itu, kita dapat melihat kelibat model tanah liat yang kami jangka ‘rekaan sebenar’ supermoped berkenaan yang masih dikaburkan pada beberapa bahagian.

Selain itu, beberapa lakaran akhir supermoped itu turut diperlihatkan dan pada hemat kami, gaya rekaannya mampu menambat hati peminat jentera dua roda di Malaysia.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Prototaip supermoped ini juga telah ditunjukkan kepada dua individu, iaitu Acai dari Santai Anak Utara (SAU) dan juga Rudy dari Geng Tayar Besar (GTB).

Pada bahagian akhir video tersebut, kita dapat melihat imbasan rekaan hadapan supermoped yang memaparkan bentuk lampu di kepala seakan ‘logo Batman’ dan lampu siang LED (DRL) pada fairingnya yang nampak garang.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply