ARKIB

KATEGORI

Buletin

P2SA yakin Perodua mampu kukuhkan ekosistem automotif Malaysia

Berita Tempatan

Views

Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) amat terdorong dengan pertumbuhan jualan Perodua sebanyak 9.5 peratus kepada 82,700 unit dalam tempoh empat bulan pertama 2019 daripada 75,500 kenderaan dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini merupakan petanda positif bahawa syarikat tersebut boleh mencapai sasaran 231,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Semasa Mesyuarat Agung Tahunan P2SA baru-baru ini, Presiden P2SA En. Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee berkata, sebagai wakil kesemua 125 pembekal komponen automotif kepada Perodua, komitmen ini dilihat positif dan bermanfaat kepada ekosistem, walaupun pada umumnya pertumbuhan industri automotif dijangka kecil pada tahun ini.

Dalam kenyataan media baru-baru ini, Perodua telah mengumumkan sasaran jualan 231,000 kenderaan bagi tahun 2019, peningkatan 1.7 peratus daripada 227,243 unit yang dijual pada 2018. Syarikat itu juga telah mengumumkan komitmennya untuk membeli komponen bernilai sekurang-kurangnya RM5.4 bilion pada tahun 2019 berdasarkan sasaran jualannya.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Tambah Musa lagi, pertumbuhan ini amat memberangsangkan kerana industri hanya berkembang kira-kira 6 peratus untuk tempoh Januari-April 2018 berbanding 2019, mengikut angka dalaman mereka. Secara keseluruhannya, berdasarkan anggaran, industri berkembang kepada 193,200 unit untuk empat bulan pertama tahun ini daripada 182,200 pada tempoh yang sama tahun lepas – peningkatan sebanyak 11,000 unit.

Dalam tempoh yang sama, jualan Perodua meningkat sebanyak 7,300 unit. Ini bermakna sejumlah besar daripada pertumbuhan industri datang daripada Perodua. Musa berkata setakat ini, Perodua amat komited terhadap perkembangan ekosistem automotif domestik kerana kesemua modelnya mempunyai lebih daripada 90 peratus kandungan tempatan secara purata.

Beliau berkata selain daripada jaminan pembelian komponen RM5.4 bilion oleh Perodua tahun ini, Perodua turut membantu ahli P2SA dalam memacu transformasi operasi. P2SA sangat berterima kasih kepada Perodua di atas komitmen mereka dalam menyediakan mobiliti berkualiti tinggi mampu milik dan pada masa yang sama membangunkan sistem sokongan pembekal tempatan di bawah program-programnya.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Salah satu contoh bagaimana Perodua membantu dan menyokong pembekal tempatan adalah pelaburannya dalam acuan (moulds) dan peralatan, secara tidak langsung mengurangkan kos keseluruhan pinjaman ahli, sejak Perodua Axia mula dikeluarkan pada tahun 2014 dan untuk setiap model selepasnya.

Di bawah inisiatif ini, Perodua akan membeli acuan dan peralatan yang diperlukan daripada pengeluar masing-masing untuk digunakan oleh pembekal dalam menghasilkan komponen. Pembekal seterusnya boleh menyelaras kos pengeluaran mereka kerana mereka tidak lagi perlu memohon pinjaman untuk membeli acuan atau peralatan.

P2SA juga berterima kasih kepada Perodua kerana mereka tidak pernah mengenakan caj untuk acuan dan peralatan tersebut, dan komitmen mereka selama ini amat dihargai. Mereka yakin Perodua dapat membangunkan dan mengukuhkan ekosistem automotif Malaysia berdasarkan rancangan mereka.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply