ARKIB

KATEGORI

Tular

Padah bakar mercun di kereta, 2 lelaki ditahan

Berita Tempatan

Views

Perbuatan dua pemuda membakar mercun terhadap sebuah kereta wanita di Jalan Shahbudin, Taman Sentosa di Klang, semalam memakan diri apabila dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 26 tahun itu pukul 8.06 malam tadi.

Katanya, siasatan mendapati dua suspek berusia 18 dan 21 tahun yang dilihat pengadu membakar mercun di tengah jalan tersebut, kira-kira pukul 2 petang.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Sewaktu mangsa yang memandu Perodua Axia itu mendekati mereka, salah seorang suspek meletakkan mercun di atas bonet keretanya.

“Apabila dimarahi, suspek mengambil semula dan meletakkannya di tepi kereta itu sebelum meletup hingga merosakkan bumper hadapan,”katanya hari ini.

Tambah Hoong Fong, hasil maklumat membawa kepada penahanan dua suspek tempatan itu, kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Semakan mendapati mereka tiada mempunyai rekod jenayah lampau dan direman tiga hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (5) Αkta Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 38 saat di media sosial memaparkan dua lelaki bermain mercun di jalan raya sebelum meletakkannya di kereta seorang wanita yang menggunakan laluan tersebut. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply