ARKIB

KATEGORI

Buletin

Padah merempuh anggota JPJ di SJR, penunggang motosikal didenda RM5,000

Berita Tempatan

Views

Penunggang motosikal yang tular selepas merempuh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga cedera dalam sekatan jalan raya (SJR) Ahad lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di Port Dickson, hari ini.

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayarnya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguat kuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, daripada menjalankan fungsi amnya dalam operasi pasukan.

Kesalahan itu dilakukan pada 17 September lalu, kira-kira 11 pagi di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum kerana perlu menanggung seorang anak dan isteri yang sedang mengandung selain diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Izzaty Mohd Zainal mohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh selain mampu memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak menghalang tugas penjawat awam.

Selain itu katanya, mahkamah perlu mengambil kira kecederaan dialami anggota JPJ terbabit.

Media sebelum ini melaporkan tular video memaparkan anggota penguat kuasa JPJ terpelanting selepas dirempuh suspek yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

JPJ dalam kenyataannya berkata, kejadian itu mengakibatkan anggota JPJ terbabit mengalami cedera pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki, namun dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply