ARKIB

KATEGORI

Tular

Padah parkir merata, King kena conteng perkataan ‘bodoh’

Tular

Views

Padah kerana menghalang lalu lintas dan menyusahkan pengguna lain, sebuah Perodua Myvi atau sohor dengan panggilan ‘king’ telah diconteng dengan perkataan ‘bodoh’.

KOSMO! ONLINE melaporkan, nasib malang ‘king’ berwarna putih itu telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ia tular di aplikasi TikTok yang dikongsi di akaun pengguna dikenali sebagai @Wan Irman.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Berdasarkan klip video tersebut, kelihatan Perodua Myvi itu diparkir di bahu jalan yang sempit dan pengguna berhadapan kesulitan terutamanya ketika ada kenderaan dari arah berlawanan.

Bagaimanapun, tiada maklumat berkaitan lokasi kejadian itu dirakam dan tarikh sebenar klip video itu diambil. Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen yang menyokong tindakan yang dibuat oleh penconteng Myvi tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

“Terima kasih kepada yang menconteng, anda dihargai,”tulis @ayed fariz. “Kepada penconteng itu, anda adalah wira rakyat jelata,”komen @Zachery.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @abdkd. “Orang macam ni tak ada sensitiviti, kat simpang, kat selekoh juga nak parkir kereta,”ujarnya.

Sehingga tengah hari semalam, klip video tersebut telah ditonton lebih 16,800 kali dan sebanyak 499 komen telah ditinggalkan pengguna.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply