ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta dipandu tanpa kebenaran, kualiti tak memuaskan – Pemilik Proton Prevé buat laporan polis terhadap bengkel modifikasi

Tular

Views

Baru-baru ini kecoh apabila pemilik akaun Facebook bernama Alif Hj Zainuddin yang berang, gara-gara tidak berpuas hati dengan sebuah bengel modifikasi tempatan yang didakwa memandu keretanya tanpa kebenaran hingga mengalami masalah enjin.

Bukan itu sahaja, pemilik Proton Prevé itu turut kecewa dengan kualiti modifikasi yang dihasilkan syarikat berkenaan yang tidak seperti yang diharapkan meskipun telah bersetuju membelanjakan RM15,000 untuk proses menukar warna dan memasang kit badan.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Menurut laporan polis yang dibuat, kereta tersebut telah diserahkan kepada bengkel berkenaan pada 8 Disember 2021 dengan jarak perbatuan 231,916km untuk tujuan modifikasi. Pemilik bengkel tersebut berjanji untuk menyiapkan keretanya selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Alif mendakwa keretanya telah dipandu lebih 3,782km daripada perbatuan asal semasa di bengkel berkenaan. Pemilik bengkel memberitahu enjin keretanya mengalami masalah dan dia kemudiannya datang ke sana untuk melihat sendiri kondisi kereta itu dengan membawa seorang mekanik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Dia juga dapat mengesan beberapa kecacatan pada kereta tersebut, antaranya panel papan pemuka patah, antena asal hilang, cat tidak sempurna di beberapa bahagian belakang dan dalam enjin serta pendawaian lampu dan bampar yang tidak kemas.

Tujuannya membuat laporkan polis kerana dia ingin mengambil semula kereta berkenaan untuk dibaik pulih namun dihalang kerana masih belum melangsaikan pembayaran penuh. Dia turut berjanji akan membuat pembayaran penuh selepas ditolak kos pembaikan enjin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply