ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pameran Maya Tayar Motosikal Michelin kini berlangsung sehingga 28 Februari

Berita Tempatan

Views

Syarikat tayar terkemuka di dunia, Michelin mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Pameran Maya Tayar Motosikal Michelin pada tahun ini. Ia merupakan platform ‘360 darjah’ yang serba lengkap ditujukan kepada orang ramai untuk mengamati dunia tayar motosikal Michelin secara lebih dekat.

Selain menawarkan pengalaman digital serta perincian mengenai tayar motosikal keluaran mereka, pameran ini juga membuktikan dorongan Michelin ke atas inovasi serta aspek melibatkan prestasi dan keselamatan yang bertaraf tertinggi. Pameran tersebut kini berlangsung pada setiap hari dari 28 Januari hingga 28 Februari 2021.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!

Pengarah Komersial Dua Roda Michelin untuk Asia, Ross Shields berkata, pameran ini bertujuan untuk memperlihatkan teknologi serta produk tayar motosikal yang ditawarkan di Asia dan di seluruh dunia. Selain itu, penglibatan mereka dalam arena perlumbaan – khususnya dalam MotoGP, serta hubungan yang dijalin sejak sekian lama dengan peneraju-peneraju industri seperti Harley-Davidson, Honda, dan Yamaha telah menjadi tunjang kejayaan mereka sebagai sebuah jenama.

Pameran maya ini meliputi lima buah dewan, setiap satu disediakan bagi mengetengahkan sejarah tayar motosikal Michelin yang unik dari pelbagai aspek:

JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

  • Teknologi tayar – Perincian teknologi canggih yang dimiliki Michelin, termasuk proses penyelidikan dan pembangunan.
  • Tayar motosikal – Butiran terperinci mengenai semua jenis tayar motosikal Michelin yang ditawarkan.
  • Pengalaman MotoGP™ – Hubungan yang terjalin antara Michelin dan MotoGP, serta profil tayar motosikal MotoGP dan para penunggang yang menyertai musim 2021, termasuk video para peserta dan perlumbaan.
  • Peralatan Tulen – Memaparkan kekuatan usaha sama Michelin dengan pengeluar motosikal terkemuka di dunia, selain pelbagai model motosikal yang menggunakan tayar dari jenama tersebut.
  • Pengalaman Tunggangan – Menunjukkan bagaimana para penunggang di seluruh dunia merasai prestasi tayar motosikal Michelin.

Kesemua kandungan pameran ini akan disediakan dalam enam bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, dan Vietnam. Untuk maklumat lanjut dan merasai sendiri pengalaman pameran maya ini, layari motorcycletyreexhibithall.michelin.asia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply