Nampaknya bukan model Iriz sahaja yang bakal membawa lencana R3 Limited Edition. Sebenarnya, kami ada mendengar ura-ura kewujudan edisi khas Saga R3 dan foto yang disiarkan oleh rakan kami di Careta.my mengesahkan perkara tersebut.
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
Ini bermakna ada dua model R3 Limited Edition akan diperkenalkan oleh Proton pada tahun depan bersama beberapa lagi model ‘Black Edition‘ yang terdiri daripada Persona, Exora dan X70. Menurut Careta, foto panas tersebut telah dikirim oleh pembaca yang enggan dikenali.
Apa yang menarik, foto tersebut dirakam di fasiliti kilang Proton di Shah Alam, yang menghasilkan model Saga dan Exora. Jika diteliti, kemasan dalam kabin Saga R3 Limited Edition ini hampir sama dengan Saga Anniversary Edition yang menggabungkan kombinasi warna hitam dan kuning.
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?
Yang membezakannya cuma kemasan kulit berwarna hitam pada stereng dengan jahitan benang kuning, calitan kuning di antara butang kawalan di stereng dan juga grafik animasi logo R3 Limited Edition pada unit infohiburannya. Selain itu, kerusinya juga turut menerima kemasan kulit berwarna hitam dengan jahitan benang kuning serta sulaman logo R3 Limited Edition pada perehat kepala.
Kami menjangkakan dua model R3 Limited Edition akan dilancarkan bersama dengan Persona ‘Black Edition‘ seawal bulan hadapan atau setidak-tidaknya sebelum sambutan Tahun Baharu Cina bulan Februari nanti. Apa pun, nantikan info terkini dari perisik kami Mat Bond dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Careta.my
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
KOMEN TERKINI