ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu melulu dan rempuh van – Pemandu Myvi dibebaskan dengan jaminan polis

Berita Tempatan

Views

Lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju sebelum merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang, Isnin lalu, sudah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini. Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, polis sudah menyerahkan sampel darah suspek kepada Jabatan Kimia.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian darah itu yang dijangka akan mengambil sedikit masa manakala pemeriksaan fizikal kenderaan akan dibuat dan mengambil masa untuk mendapatkan laporan.
Suspek sudah diberi jamin polis dan setelah semua keterangan diperoleh, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Tambah beliau, pihaknya turut memohon saksi yang ada rakaman kamera perakam video (dashcam) berkaitan kereta Myvi itu (sebelum kejadian) untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 012-984 5477 untuk membantu siasatan.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Dalam kejadian 2 petang itu, pemandu Myvi yang juga seorang pekerja swasta berasal dari Puchong, dikatakan cuba melarikan diri selepas merempuh van dan Proton Waja mengakibatkan pemandu van parah. Insiden kemalangan itu dirakam kamera ‘dashcam‘ sebuah kenderaan lain sebelum rakaman video itu tular di media sosial.

Rakaman video kemalangan itu menunjukkan kereta Myvi terbabit dilihat dipandu laju dan turut hampir melanggar seorang penunggang motosikal. Akibat rempuhan kuat, van berkenaan terbabas dan terbalik di sebelah kiri jalan, manakala Waja itu pula terbabas ke lorong kanan di laluan dua lorong berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply