ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengalaman pertama memandu Ativa (D55L) – Macam tak percaya ini model Perodua, bakal dilancarkan 3 Mac nanti!

Berita Tempatan

Views
Pengalaman pertama pandu Perodua D55L, Ikhlas saya terkejut dengan apa kebolehannya

Seperti yang kami war-warkan dalam artikel terdahulu, hari ini Perodua mengumumkan tarikh pelancaran rasmi model SUV kompak yang paling dinanti-nantikan tahun ini, Ativa (D55L) iaitu pada 3 Mac 2021 kira-kira jam 8.30 malam secara maya di laman media sosial rasmi mereka.

Siang tadi berlangsungnya sesi pratonton media secara tertutup dan dihadiri oleh beberapa media permotoran tempatan. Sesi pandu uji singkat turut diadakan di litar ujian Perodua, dan rata-rata memuji model terbaharu tersebut yang dikatakan yang terbaik pernah dihasilkan oleh pengeluar kereta nasional kedua itu setakat ini.

Ia berada pada satu tahap lebih tinggi berbanding model Perodua sedia ada, dari segi prestasi dan juga tahap pemanduan. Tempahan model ini telah pun dibuka sejak 19 Februari lalu dan tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Gambaran digital oleh Theophilus Chin

Berikut adalah perincian secara ringkas Ativa (D55L) mengikut varian:

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Varian X

  • Enjin 1.0 liter Turbo yang digandingkan bersama transmisi boleh laras berterusan (D-CVT), kecekapan bahan api 18.9 km/l.
  • Lampu hadapan LED (boleh menyala dan padam secara automatik dengan ciri lampu tinggi automatik)
  • Rim aloi 16-inci
  • Tayar saiz 205/65/R16
  • Paparan meter jenis analog
  • Sistem infohiburan jenis standard dengan sambungan Bluetooth dan HDMi
  • Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong
  • Penderia sisi belakang
  • Enam beg udara, Brek Anti Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mendaki (HHA) dan ISOFIX.
  • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43) dan Cobalt Blue (B79)
  • Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM62,500 (Metalik)

Varian H (Tambahan spesifikasi dari Varian X)

  • Lampu hadapan LED jenis adaptif (pancaran cahaya mengikut belokan stereng)
  • Rim aloi 17-inci rekaan 5 jejari berkembar dengan kemasan dwitona
  • Tayar saiz 205/60/R17
  • Paparan meter pelbagai maklumat jenis digital dengan skrin TFT bersaiz 7-inci
  • Paparan unit infohiburan jenis terapung bersaiz 9-inci dengan ciri arahan suara “Hey Google”
  • Butang kawalan pada stereng
  • Lampu kabus jenis LED
  • Lampu signal jenis LED dengan nyalaan berturutan
  • Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong
  • Penderia sisi depan dan belakang serta kamera undur
  • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25) dan Pearl Delima Red (W75)
  • Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM67,300 (Metalik)RM67,800 (Metalik Istimewa)

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Varian AV (Tambahan spesifikasi dari Varian H)

  • Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong, Kawalan Kekal Lorong, Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Kawalan Jelajah Adaptif.
  • Kemasan tempat duduk kulit kombinasi hitam dan merah
  • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25), Pearl Delima Red (W75), Pearl Diamond White Dual Tone (XJ3) dan Pearl Delima Red Dual Tone (XJ2)
  • Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM72,600 (Metalik)RM73,100 (Metalik Istimewa) dan RM73,400 (Dwitona)

Ativa (D55L) bakal ditawarkan dengan aksesori GearUp sebagai pilihan dan didatangkan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km.

Berikut adalah pakej aksesori GearUp termasuk harga:

  • Kit badan Blaze – RM2,500 (Semenanjung Malaysia), RM2,563 (Malaysia Timur)
  • Sarung tempat duduk Blaze – RM800 (Semenanjung Malaysia), RM815 (Malaysia Timur)
  • Pelindung bampar belakang – RM140 (Semenanjung Malaysia), RM143 (Malaysia Timur)
  • Scuff plate LED – RM260 (Semenanjung Malaysia), RM264 (Malaysia Timur)
  • Pencahayaan lantai – RM240 (Semenanjung Malaysia), RM244 (Malaysia Timur)
  • Jaring bagasi – RM30 (Semenanjung Malaysia), RM31 (Malaysia Timur)
  • Penebat hud – RM80 (Semenanjung Malaysia), RM81 (Malaysia Timur)

Berikut adalah pakej utiliti GearUp termasuk harga:

  • Visor pintu, Talam bagasi dan Alas kaki – RM360 (Semenanjung Malaysia), RM368 (Malaysia Timur)

Nak tahu apa kata Editor kami, Shamsul Yunos mengenai model ini, jom tonton video yang telah beliau sediakan. Nantikan pelancaran model ini minggu depan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply