ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu melulu sambil tayang gari, polis cari pemandu Proton Persona dalam video tular

Tular

Views

Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Proton Persona yang bertindak menayangkan gari kepada pemandu lain sepertimana video tular di media sosial sejak semalam.

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi tiga minit yang dimuat naik oleh akaun Facebook Aaron Goh yang menunjukkan telah berlaku perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Beliau berkata, susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular. Tambah beliau, pihaknya juga akan melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Jelas beliau, pihaknya menasihati orang awam agar tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi ditalian 03-2600 2222 atau hotline Polis Kuala Lumpur ditalian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply