ARKIB

KATEGORI

BuletinUlasan Pandu Uji

PANDU UJI : Laratkah Perodua Bezza 1.0 automatik naik Genting Highlands?

Views

Editor kami, Shamsul Yunos sengaja memilih varian Perodua Bezza 1.0 (automatik) untuk dipandu uji setelah mendapat banyak pertanyaan, “larat ke nak naik ke Genting Highlands?”. Kalau basikal lumba Le Tour De Langkawi pun boleh mendaki sampai ke puncak, takkan lah Bezza 1.0 (automatik) tak lepas naik kan? Agak agak la kalau nak kondem pun.

Memang la tidak dinafikan agak ‘senak’ la juga kalau nak sampai ke atas bila ada banyak kenderaan naik dalam masa yang sama. Kalau jalan lengang tahan la sikit. Tapi bukan itu sahaja yang Editor kami uji, ada beberapa perkara yang telah dinilai dan diberi ulasan serta kritikan mengenainya, nak tau layan video ni sampai habis!

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • Ada yang buat pengiraan berat luggage & berat penumpang penuh dalm but & seat kereta sehingga mencecah lebih setengah tan! Pergh! Semata-mata nak memperlekehkan kereta bezza 1.0.
    Kalau nak naik genting hari2 jgn bei Bezza la.. Bezza untuk town.

    Nak naik genting selalu, beli enjin Turbo lah! Preve CFE kita ada. Kalau tak mampu, ambik Persona 1.6, tak mampu jugak, ambik 1.3 saga atau Bezza.. Tak mampu juga, hanya mampu 1.0 saja, sewa hilux la naik Genting dengan muatan 500kg (penumpang & luggage).


  • Bezza 1.0 berat kurang dari 900 kg tentu la bergegar kalau bas atau lori besar memotong,sedang kancil bapa saya boleh bawa lima orang dan termasuk barang boleh naik terowong menora lagi.bezza,mitsubishi attrage,axia dan sebagainya kereta untuk pemanduan bandar.Nampak sangat memperkecilkan perodua,maklum la perodua tidak boleh buat kereta melebihi 1.5.Kalau rasa mampu beli la camry,teana,passat atau civic.tak semua orang orang mampu beli kereta 90k hingga 200k.


    • xnampak dia memperkecilkan perodua,dia ckp seperti yg ko ckp,sbb kete ringgan,mmg agak terasa bila crosswind atau berselisih dgn kenderaan lebih beso. xda salah pun kat situ.

      dan dia bukan kata bezza terukpun banding ngan kete lebih mahal. sebagai tukang review,kenalah highlight pros n cons.

      Dia juga maklumkan secara umum,bukan beza jek,tyr eco(low rolling resistance) ada kesan pada cengkaman tyr. ini amat penting sebenarnya sebab negara kita ada musim ujan terutama pantai timur.

      tyr eco pun xdalah byk sgt fuel savingnye,jadi cari tyr yg lebih baik cengkamannya. lagipun,enjin beza dah eco,campur dgn kita memandu dgn secara eco,dah cukup membantu jimat minyak.

      jd klu ada duit ckit,tukarlah tyr yg lebih bg cengkaman. so,info yg bergune.

      dan satu pandangan yg baik dia highlightkan, 1.0 ini ok,lebih2 dlm bandar. tp 1.3 lg baik(walupun xnyata secara spesifik,tp bleh phm dgn review 1.0 nih).

      klu ada duit lebih ckit,betterlah amik 1.3.


    • Betul tu. Kenapa boleh lagi org terfikir nak naik 5 orang dgn luggage penuh naik genting bezza 1.0. Nak naik genting, penuh penumpang & luggage, kalau taknak komplen lebih2, cari kereta ada turbo lah..


  • naik genting..tp takde footage pn naik genting.. apakah? lepas tu ada tindakbalas gearbox yg cerdas… tak paham nau apa yg nak dikatakan.. overall still dissapointed


  • Percayakah anda dimana Enthusiast, favouritism, fanatic, obsession, dan seangkatan dgnnya adalah golongan org2 yg bodoh di mata umum? ni lah contohnya,..segala effort yg melibatkan wang, masa dan tenaga dibazirkan dgn begitu saja..lebih berafedah jiakalau effort tuan tu dihabiskan dgn eksperimen ke atas fuel consumption, daily driving experince (park kt tmpt sempit/ pungah brg masok bonnet/bwk 4 org penumpang pegi lunch, dan atau ape2 test yg mana % lebih tinggi terjadi utk kete sedan kecil daripada panjat genting…)


    • Eeee…. pecut 110 di lebuhraya dah rasa goyangan inulnya, mcm mana gamaknya nak layan selekoh di CH dan lain2. Hrp adik2 yg dah beli bawak tak melebihi 40kmj ketika lyn selekoh.


  • Review yang terbaik daripada tuan Shamsul Yunos. Bezza dicipta untuk pemanduan bandar. Bezza 1.3 advanced terbaik. Yang paling penting review tuan Shamsul jujur.


  • Patut pun tak ada video lenjan mcm persona. Sesetgh org kita bkn boleh beza kemampuan kereta tu. Ingat tu adik2 pesan abg Yunos. Pakcik2 pencen no haL. Carry on.


  • Abg Shamsul ada mention kereta melantun2 mcm pickup truck. Maybe sebab pressure tayar tu tinggi 250psi spt yg dihujahkan. Untuk seimbang selesa & cengkaman tayar, baik dikurangkan ke 200-210psi @ 30-31kPA. Akan ada peningkatan minyak sedikit (tak signifikan sgt) tetapi yang penting pemanduan lebih selesa utk 1-2 penumpang (load pd spring & absorber dipindahkan sedikit ke tayar).

    Anyway, review yg baik kerana setiap hujah ada justifikasi di sebaliknya (e.g rupa terjongket utk allow suspensi tampung xtra load 40% drpd kerb weight). Ignore saja pengkritik2 spt Ahmad Azani kat atas tu yg ingat jurnalis2 ni “bodoh” & tak tau nak review kereta.


  • Ada sesetgh drp kita bila beli kereta bau2 jepun, dlm fikirannya kereta tu laju, selamat dan hebat. Ni yg buat dia bawa kereta tak ingat dunia.Apa pun dgn harga yg setara Persona, Persona pilihan yg bijaksana.


  • Pada pendapat saya, bila baru memulakan perjalanan pada gear 1 Bezza punya pickup kuat disebabkan enjin 3 silinder. Mengikut perbandingan antara enjin 4 silinder dan 3 silinder, enjin 3 silinder akan memberi pickup yang kuat pada permulaan.
    Dari segi tempat duduk, memang sengaja perodua membuat tempat duduk belakang yang tegak (90 darjah) supaya penumpang duduk dengan tegak secara automatik kaki mereka juga tegak seterusnya membuat ekspresi/perasaan bahawa ruang kaki dan lutut menjadi lebih besar dan luas. Selain itu, jika tempat duduk belakang sedikit condong maka hipotenus (segi tiga boleh Google) akan lebih panjang bermakna lebih banyak ruang akan diambil oleh kerusi tersebut. Yang kesian pemandu yang tinggi sebab peha terkena stereng jadi terpaksa kangkang sikit untuk elak stereng. Nak tolak kerusi ke belakang tangan tak sampai walaupun kadangkala takda penumpang kat belakang. Jadi dari sedut ruang, bezza banyak menguntungkan penumpang daripada pemandu.
    Tekanan (pressure) udara dalam tayar tinggi, tujuan utama adalah untuk mengurangkan cengkaman, geseran dan sebagainya . Paling penting bagi perodua adalah bila kurang cengkaman dan geseran ialah kurang consumption minyak walaupun boleh membahayakan nyawa pengguna.


  • Dikira larat Bezza automatik naik genting highlangs.. menggunakan gear 2 dan 3 sepanjang mendaki bukit.. Jika gearboxs tahan lasak, maka panjanglah jangkahayat gearboxs bezza auto tersebut..

Leave a Reply