ARKIB

KATEGORI

Buletin

Robot pembersihan lantai pertama di Malaysia ciptaan anak tempatan mampu beroperasi enam jam tanpa henti

Berita Tempatan

Views

Sekumpulan anak tempatan daripada syarikat penyedia solusi robotik Ideasparq Robotics Sdn Bhd (Ideasparq Robotics) mencatat sejarah tersendiri, apabila berjaya mencipta robot pembersihan lantai buatan Malaysia yang pertama untuk kegunaan di hospital di negara ini.

Menurut Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Ideasparq Robotics Asyraf Abdul Rahman berkata, kejayaan itu seiring dengan pembangunan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) apabila ia melibatkan 100 peratus tenaga kerja tempatan terdiri daripada 20 siswazah universiti dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, reka bentuk dan teknologi maklumat (IT).

Beliau berkata penghasilan robot pembersihan lantai itu, yang mempunyai fungsi empat dalam satu iaitu cuci, mop, sapu dan vakum, dimulakan pada 2020 dan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan dengan kos keseluruhan RM600,000 bagi sebuah robot termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ujar beliau, pihaknya telah bekerjasama dengan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital Medivest Sdn Bhd, iaitu membekalkan mereka dua hingga tiga unit robot pembersihan lantai di tiga hospital iaitu Hospital Tampin, Hospital Jasin, Melaka dan Hospital Sultan Ismail di Johor.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurutnya, hasil penyelidikan mendapati kualiti pembersihan dengan menggunakan robot tersebut meningkat sebanyak 60 peratus berbanding proses pembersihan secara manual.

Asyraf berkata ciptaan tersebut juga bertepatan keperluan norma baharu terutama apabila negara menghadapi penularan Covid-19, dengan mewujudkan persekitaran yang selamat khususnya kepada pekerja pembersihan di hospital.

Mengenai Ideasparq Robotics, Asyraf berkata syarikat tersebut merupakan antara penyumbang teknologi untuk inisiatif Teknologi Tinggi Sentuhan Rendah (High Technology Low Touch) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Katanya, ia merupakan syarikat ekosistem Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) yang mendapat sokongan dalam pelbagai aspek termasuk kewangan, khidmat nasihat, rangkaian dalam penghasilan produk dan kolaborasi dengan syarikat lain dalam menjalankan R&D.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Dalam pada itu, jelas beliau selain di hospital, robot pembersihan lantai tersebut juga telah digunakan di Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh, Perak pada November 2020.

Jelasnya, setakat ini, sebanyak 10 unit robot telah dijual. Sasaran pasaran adalah di hospital, namun produk ini juga telah mula diperkenalkan di hotel, hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan tempat awam lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi Medivest Sdn Bhd, Muhammad Firdaus Ishak berkata, penghasilan robot tersebut dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, selain mampu menjimatkan sehingga 60 peratus bahan kimia yang digunakan untuk mencuci.

Jelas beliau, menerusi ujian penggunaan robot di hospital, pihaknya mendapati berlaku penjimatan 30 peratus tenaga pekerja, apabila sebuah robot boleh melakukan tugas bagi tiga orang pekerja dan kerja pembersihan dapat disiapkan dalam tempoh sejam.

Tambah beliau, robot berkenaan juga mampu beroperasi selama enam jam tanpa henti. Muhammad Firdaus berkata, penggunaan robot pembersih lantai itu akan diperluas ke hospital lain dengan sasaran 19 hospital menerusi fasa kedua sebelum akhir tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply