ARKIB

KATEGORI

Buletin

Papan tanda ‘cenonet’ di lebuh raya SUKE dalam video tular telah diturunkan

Berita Tempatan

Views

Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) mengesahkan papan tanda yang dipasang di sepanjang Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengikut piawaian yang ditetapkan.

Menurut KOSMO! ONLINE, Prolintas berkata, papan tanda itu juga telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta dipasang pada gantri yang terletak di setiap 250 meter sebelum persimpangan bercabang.

Menurut Prolintas, sebagai inisiatif yang diambil pihak perunding dilantik dan syarikat, satu lagi papan tanda tambahan turut dipasang di tengah-tengah cabang simpang di atas papan tanda arah.

Oleh sebab kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan yang digunakan adalah lebih kecil berbanding papan tanda sedia ada.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Walaubagaimanapun, susulan maklum balas dan pandangan orang ramai di media sosial yang tular baru-baru ini, pihak syarikat memutuskan untuk mencabut papan tanda tambahan itu dengan serta- merta agar tidak mengelirukan pengguna lebuh raya berkenaan.

Terdahulu, beberapa pengguna lebuh raya itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka mendapati ada papan tanda susur keluar di atas lebuh raya itu terlalu kecil berbanding papan tanda yang ada di bawahnya.

Menurut mereka, butiran pada papan tanda susur keluar itu hanya boleh ‘dibaca dengan jelas’ apabila pengguna sudah masuk ke dalam antara susur keluar di lorong kiri atau kanan lebuh raya tersebut.

Mengulas lanjut, Prolintas berkata, bahagian operasi Lebuh Raya SUKE komited untuk terus menambah baik perkhidmatan disediakan serta sedang mereka bentuk papan tanda tambahan baharu yang lebih praktikal.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, Prolintas menegaskan bahawa struktur binaan Lebuh Raya SUKE adalah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan serta menerima kelulusan yang sewajarnya seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Konsesi (CA).

Ia sekali gus menyangkal dakwaan terdapat bahagian lebuh raya yang sudah beroperasi tidak selamat untuk digunakan.

Prolintas amat menghargai dan menggalakkan pengguna untuk menyampaikan pandangan serta maklum balas demi memastikan perkhidmatan yang disediakan di Lebuh Raya SUKE terus berada pada
tahap yang terbaik.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disampaikan terus kepada kami menerusi hotline 1-300-88-9922 atau boleh emelkan ke [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Prolintas

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply