ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guna Touch ‘n Go RFID dan berpeluang untuk menang tol percuma selama setahun!

Berita Tempatan

Views

Kumpulan Touch ‘n Go hari ini telah melancarkan Peraduan Tol Percuma di mana pengguna Touch ‘n Go RFID berpeluang untuk memenangi hadiah berupa tol percuma selama setahun.

Peraduan ini berlangsung mulai 10 September sehingga 18 November 2022 dan terbuka kepada seluruh warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang menggunakan kenderaan-persendirian Kelas 1.

Untuk menyertainya, pengguna perlu membeli dan mengaktifkan Touch ‘n Go RFID dan perlu menggunakannya sebanyak 5 kali untuk pembayaran tol sepanjang tempoh peraduan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Lapan pemenang akan dipilih bagi setiap dua minggu. Secara keseluruhan, seramai 40 pemenang bakal mendapat hadiah tol percuma selama setahun. Kini, terdapat seramai 2 juta pengguna aktif Touch ‘n Go RFID dan jumlah tersebut kian bertambah.

Dengan teknologi ini, pengguna dapat menikmati transaksi lancar, mudah dan nirtunai untuk tol melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, asalkan mempunyai baki yang mencukupi.

Selain pembayaran tol, ia juga boleh digunakan untuk pembayaran petrol di stesen-stesen Shell terpilih di seluruh negara. Setakat ini terdapat 100 stesen Shell yang mengambil bahagian dan jumlahnya dijangka meningkat kepada 450 dalam tempoh dua tahun.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Untuk mengisi minyak dengan Touch ‘n Go RFID, pengguna hanya perlu meletakkan kenderaan di ruangan pengisian minyak yang dikhaskan untuk RFID dan pembayaran akan didebit secara automatik daripada Touch n’ Go eWallet mereka dan boleh terus mengisi minyak.

Jika mempunyai baki, ia akan dikembalikan serta-merta ke akaun Touch ‘n Go eWallet pengguna. Pengguna boleh mendapatkan tag Touch ‘n Go RFID di pusat perkhidmatan dan jualan Touch ‘n Go Nu Sentral dan Bangsar South, pusat pemasangan RFID yang ditetapkan dan stesen petrol terpilih seluruh negara.

Mereka juga boleh mendapatkannya secara dalam talian menerusi portal Touch ‘n Go RFID, kedai rasmi Touch ‘n Go di Lazada dan Shopee, selain Touch ‘n Go eWallet.

Pengguna akan menerima pulangan tunai RM8 untuk pembelian menerusi Touch ‘n Go eWallet dan pin tambah nilai RM8 menerusi portal RFID sepanjang kempen berlangsung. Untuk maklumat lanjut, layari www.touchngo.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply