ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasang ‘Jalur Gemilang’ pada kenderaan – MPK bagi parkir percuma dari 24 hingga 31 Ogos

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat rodong-rodong koi di Kuantan! Sempena Minggu Kemerdekaan Malaysia yang ke-63, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menawarkan parkir percuma kepada orang ramai yang memasang Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing bermula 24 hingga 31 Ogos ini.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Anda hanya perlu memasang bendera pada kenderaan (seperti di poster) dan secara automatik anggota penguat kuasa MPK tidak akan mengeluarkan kompaun walaupun anda tidak mempamerkan kupon gores atau tidak melanggan caj parking menerusi aplikasi Pahang Go.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Syaratnya, sekurang-kurangnya satu bendera perlu dikibarkan pada kenderaan, berukuran minima 27cm x 14cm. Bendera mestilah dalam keadaan baik dan cantik, bukan yang sudah lusuh ataupun koyak-rabak. Tawaran ini hanya sah kepada parkir di bawah seliaan MPK sahaja dan jika anda parkir kenderaan di tempat tidak dibenarkan, tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil meskipun memasang Jalur Gemilang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply