ARKIB

KATEGORI

Tular

Pasangan ‘tendang’ motosikal atas Jambatan Pulau Pinang ada tiga rekod jenayah

Tular

Views

Polis telah menahan pasangan lelaki dan wanita yang dipercayai bertindak melempar pasir dan menendang pengguna jalan raya dalam satu kejadian tular di Jambatan Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, penahanan ke atas penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas itu dilakukan di George Town selepas pihaknya terkesan satu klip video menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Video tersebut memaparkan kejadian penunggang dan pembonceng motosikal yang menunggang dalam keadaan bahaya apabila pembonceng bertindak membaling sesuatu objek disyaki pasir serta cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikalnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kejadian berlaku di Jambatan Pulau Pinang dari arah George Town ke Perai dalam Daerah Seberang Perai Tengah.

Bertindak atas maklumat, polis telah menahan suspek lelaki iaitu penunggang berusia 50-an dan wanita (pembonceng) berumur 30-an yang merupakan pelaku dalam rakam video tersebut.

Dalam pada itu katanya, hasil semakan rekod jenayah mendapati, kedua-dua suspek mempunyai tiga kes berkaitan jenayah pada tahun 2021 dan 2023 dan tidak dikehendaki.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi tujuan permohonan reman.

Terdahulu, media melaporkan kejadian tular membabitkan pembonceng wanita yang bertindak melempar pasir ke arah muka pengguna jambatan berkenaan.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu telah mendapatkan pelbagai kecaman daripada pengguna media sosial selain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menahan si pelaku yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dik Wan – Team Bantuan Sungai Petani

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply