ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembuli jalan raya pukul warga emas ada tiga rekod jenayah

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun mengalami pelbagai kecederaan di muka termasuk lebam di mata dan patah tulang pipi selepas ditumbuk seorang pembuli jalan raya dalam kejadian 30 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang di hadapan sebuah klinik di Taman Tasik Puchong Prima, Putra Perdana itu, mangsa tiba-tiba dipukul suspek lelaki berusia 25 tahun tanpa sebab.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemeriksaan doktor mendapati, mangsa bengkak di kepala, lebam di mata kiri, patah tulang pipi kiri dan patah bawah tulang mata kiri.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, susulan itu, polis berjaya menahan suspek petang semalam selepas menerima laporan dibuat mangsa.

Siasatan awal mendapati, suspek berniaga sendiri dan turut mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya ketika di hubungi.

Katanya, pihaknya difahamkan, sebelum kejadian mangsa memandu sebuah kereta dari Brickfield, Kuala Lumpur ke Putra Perdana untuk bertemu dengan seorang rakan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dipukul di bahagian muka, kepala dan rusuk oleh suspek tanpa sebab selain turut dimaki.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun dan denda.

Jelasnya lagi, pihaknya juga mengesahkan gambar tular seorang lelaki warga emas dalam keadaan cedera di muka seperti tersebar di media sosial adalah benar dan ia membabitkan mangsa sendiri.

Katanya, pihaknya mahu orang awam yang melihat insiden itu supaya tampil ke depan bagi menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03- 8774222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Geng Baling Farm

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply