ARKIB

KATEGORI

Buletin

Portal MIIT China dedahkan model sedan PHEV, BYD Seal 06

Berita Global

Views

Model sedan hibrid plug-in (PHEV) yang merupakan ahli keluarga terbaharu dari ‘Ocean series’ yang dinamakan BYD Seal 06 telah didedahkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) di China.

BYD telah memohon homologasi pasaran untuk Seal 06, MIIT telah mendedahkan permohonan tersebut sejak semalam, termasuk foto dan spesifikasi kritikal.

Dari segi dimensi, model sedan 5-tempat duduk ini berukuran 4,830 mm panjang, 1,875 mm lebar dan 1,495 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,790 mm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sedan PHEV ini menampilkan gaya reka bentuk ‘Ocean series’ baharu pada bahagian hadapan. Tidak seperti model Seal yang lain, ia tidak mempunyai lampu hadapan ‘boomerang’, tetapi berbentuk seperti ‘huruf L’ berkembar.

Dari belakang, bentuknya hampir seiras dengan BYD Seal DM-i, yang mempunyai ukuran tinggi dan lebar yang sama. Walau bagaimanapun, panjangnya bertambah sebanyak 130 mm, dan jarak antara gandar roda kini 110 mm lebih panjang.

Seal 06 dibangunkan dari pelantar DM-i hibrid dan ditawarkan dengan dua pilihan motor elektrik, iaitu 120 kWj (TZ210XYB) dan 160 kWj (TZ210XYC) yang dikeluarkan di kilang Hefei BYD.

Kedua-dua varian dijana oleh enjin pembakaran dalaman (ICE) BYD472QC 1.5 liter yang menjana 74 kW. Kelajuan maksimum kedua-dua varian dihadkan kepada 180 km/j.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia turut dilengkapi dengan bateri ‘Blade’ dengan Litium besi fosfat (LFP) yang dihasilkan oleh anak syarikat BYD, FinDreams.

Kapasiti bateri tersebut tidak didedahkan, namun menurut sumber dari CarNewsChina, ia mempunyai dua pilihan dengan kapasiti 10 kWj dan 16 kWj dengan jarak pemanduan antara 60km dan 90km (CLTC).

Pada November tahun lalu, BYD telah mengumumkan satu siri baharu yang dikenali sebagai ‘Sea Lion’ yang memfokuskan kepada SUV dan bakal melancarkan tiga model baharu pada 2024, termasuklah model SUV Sea Lion 06.

Seal 06 akan berada di bawah BYD Seal dan Seal DM-i atau setidak-tidaknya setaraf dengan BYD Qin L. Versi elektrik sepenuhnya mungkin akan diperkenalkan pada hujung tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIIT China

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply