ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasukan lumba HAVAL Dakar lakar kejutan di Rali Dakar 2013!

Views

haval 11

Pasukan lumba HAVAL Dakar telah melakar kejutan di Rali Dakar 2013 dengan berjaya menduduki tempat ke-6 dan ke-19 keseluruhan pada perlumbaan tersebut. Jentera lumba HAVAL Dakar yang dipacu oleh Souza dan Zhou Yong telah berjaya mencuri tumpuan peminat dan media semasa melintasi garisan penamat. Pencapaian tersebut adalah sama seperti tahun lalu dimana Carlos Souza berjaya menduduki tempat ke-6 dan Zhou Yong di tempat ke-19 walaupun dicabar hebat oleh nama-nama besar seperti BMW dan Toyota.

Menurut David Castera, Timbalan Ketua Pengurus ASO dan Pengarah Sukan Rali Dakar, pasukan lumba HAVAL Dakar menunjukkan pencapaian yang cemerlang pada tahun ini. ” Walaupun prestasinya kurang baik pada peringkat awal, namun dengan niat untuk mengekalkan momentum sederhana untuk menamatkan setiap peringkat dengan lancar dan percaturan tersebut akhirnya telah membuahkan hasil. Saya tidak tahu jika mereka berpuas hati dengan prestasi mereka, tetapi saya fikir mereka telah melakukan yang terbaik. ”

Pasukan HAVAL Dakar kini sudah bersedia untuk melakar satu lagi kejutan untuk perlumbaan Dakar 2014. Berbekalkan prestasi cemerlang mereka buat masa ini, pasukan tahun ini tidak perlu lagi diragui kemampuannya untuk lebih menyerlah diperlumbaan yang akan datang. Semoga berjaya!

Untuk bacaan seterusnya boleh lihat fail pdf dibawah :

Final Dakar Update by

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply