ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM masih teruskan sekatan jalan raya

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan semua 550 sekatan jalan raya di seluruh negara, meskipun kerajaan memansuhkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer (km). Menurut Berita Harian, pada masa ini sebanyak 276 sekatan jalan raya di persempadanan daerah di seluruh negara, manakala 274 lagi di persempadanan negeri dan Operasi Benteng (Op Benteng).

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata selepas kerajaan memansuhkan larangan pergerakan melebihi 10km, pihaknya akan memberi tumpuan kepada faktor pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelas beliau, meskipun mereka bebas bergerak lebih 10km, orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran untuk merentas daerah atau negeri, mereka hanya dibenarkan bergerak dalam daerah mereka sahaja.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Justeru polis masih lagi meneruskan pemantauan terhadap pematuhan ini selain pergerakan yang masih menetapkan dua individu sahaja dalam satu kenderaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Acryl Sani berkata penugasan penguatkuasaan bukan untuk bertujuan menyusahkan orang ramai, sebaliknya untuk memastikan penularan COVID-19 dapat diputuskan, sekali gus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply