ARKIB

KATEGORI

Buletin

Silverstone tutup kilang di Taiping Jun ini

Berita Tempatan

Views

Toyo Tire Corporation akan menamatkan operasi pengeluaran tayar dari anak syarikat milik penuhnya Silverstone Malaysia Bhd (SSM) pada Jun 2021. Menurut Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu, berkata selepas penamatan operasi pengeluaran tayar Silverstone di Kamunting, Taiping dan ia kemudiannya akan dibubarkan.

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira persekitaran operasi, kedudukan kilang dalam strategi globalnya serta keupayaan pengeluaran. Kata beliau, Toyo Tire telah sampai pada kesimpulan bahawa penutupan kilang itu tidak dapat dielakkan.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Prosedur pembubaran akan dimulakan pada 31 Disember 2021 (dirancang) dan akan mengikuti prosedur yang diperlukan sesuai dengan peraturan dan undang-undang tempatan. Shimizu berkata, SSM mengeluarkan tayar untuk kenderaan baharu dan tayar jenama Silverstone untuk penggunaan selepas pasaran, terutamanya untuk pengeluar kenderaan di Malaysia, serta tayar jenama tertentu Toyo Tires tertentu.

Beliau berkata, kumpulan turut mengendalikan satu lagi anak syarikat pembuatan di Malaysia, Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd (TTM) yang menghasilkan tayar jenama Toyo Tire.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

TTM katanya berfungsi sebagai hab global, membekalkan tayar bukan sahaja ke Asia Tenggara, tetapi juga ke pasaran global lain termasuk Amerika Utara, Eropah, dan Jepun. Pengeluaran produk jenama Silverstone tertentu sebelum ini yang dihasilkan di SSM akan dipindahkan ke TTM. Pengeluaran dan bekalan akan berterusan.

Mengenai kerugian yang bakal direkodkan kumpulan akibat penutupan itu, Shimizu berkata, Toyo Tire mencatatkan kerugian luar biasa berjumlah 6.27 bilion yen, dalam hasil kewangan yang digabungankan bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2020. Ia terdiri daripada kerugian penurunan nilai sebanyak 5.11 bilion yen dan kerugian pembubaran anak syarikat dan sekutu sebanyak 1.159 bilion yen.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit H2O One Stop

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply