Ini berita yang mungkin melegakan kebimbangan calon ujian memandu. Menurut laporan Astro Awani, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara bermula Jun depan.
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.
Jelas beliau, apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon. Menurutnya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon. Kata Shaharuddin, ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan.
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
Beliau berkata, bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis. Ia akan akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di Putrajaya, hari ini.
Mengenai isu cermin gelap kenderaan pula, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu sahaja berbanding sebelum ini pemilik turut dikenakan tindakan sama. Kata beliau, penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman. Tambahnya lagi, JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
KOMEN TERKINI