ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat Latihan Serantau Volvo Car dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Semalam berlangsungnya majlis pelancaran Pusat Latihan Serantau Volvo Car yang dimiliki oleh Volvo Car Malaysia (‘Volvo’). Terletak di Menara Symphony, Seksyen 13, Petaling Jaya, fasiliti terbaharu ini bakal menyediakan latihan bidang teknikal dan bukan teknikal selama 7,500 jam kerja bagi kakitangan dan pengedar kereta Volvo di seluruh rantau Asia Pasifik.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Encik Nalin Jain, Pusat latihan ini dan perkhidmatan perkongsian yang lain seperti Kluster Kewangan, Hab Teknikal, dan Perolehan yang beroperasi di sini dijangka menjana keuntungan perkhidmatan eksport lebih daripada RM100 juta dalam jangka masa 5-7 tahun akan datang.

Rangkaian pusat pengedar Volvo di Malaysia kini dilengkapi dengan pasukan selepas jualan (after sales) terlatih. Dalam tahun 2019 juga, 90 peratus daripada pusat pengedar Volvo telah dilengkapi dengan perisian Volvo Personalised Service (VPS). Ini membolehkan Volvo memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka dan sekaligus meningkatkan lagi prestasi perniagaan.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

2019 merupakan tahun yang cukup mengagumkan bagi Volvo sebagai satu jenama antarabangsa. Buat kali pertama, Volvo berjaya mencapai jualan melebihi 700,000 dengan jumlah sebanyak 705,452 unit. Di peringkat tempatan pula, Volvo Car Malaysia telah mencatatkan rekod jualan tertinggi sebanyak 1,883 unit.

Antara pencapaian pada tahun 2019 termasuklah:

  •  Perkongsian pasaran yang kukuh untuk Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (‘PHEV’).
  • Melancarkan 3 kereta baharu: XC40 T5 CKD, S60 T8, dan XC90 facelift.
  • Melancarkan 5 pusat jualan baharu: Setia Alam (Motion Beyond), Johor Bahru (Pekin Auto), Mutiara Damansara (Ingress Swede Automobile), Ipoh (iRoll Ipoh), dan Ara Damansara (Sime Darby Swedish Auto).
  • Salah satu daripada dua pasaran di Asia Pasifik yang pertama untuk melancarkan pusat jualan 100 peratus Volvo Retail Experience.

Dengan momentum ini, 2020 dijangka menjadi tahun yang cukup bermakna untuk Volvo dengan dua lagi kereta baharu, S60 T8 CKD dan S90 facelift serta satu pusat jualan di Kota Kinabalu yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Selain itu, kenderaan PHEV yang dibeli mulai 1 Januari 2020 akan didatangkan dengan jaminan bateri PHEV selama 8 tahun.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Menurut Naib Presiden Volvo Car Group, Encik Richard Snijders, kelestarian kekal sebagai tema utama Volvo pada tahun ini dan juga masa akan datang. Dengan matlamat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2025 dan menjadi karbon neutral menjelang 2040, Volvo akan mengatasi pengeluaran karbon dalam keseluruhan rangkaian pengeluarannya, bekalan dan melalui pendekatan kitar semula bahan.

Komitmen ini juga mendorong cita-cita Volvo supaya sekurang-kurangnya 25 peratus daripada plastik yang digunakan untuk membina kereta-kereta baharu menjelang 2025 adalah hasil daripada barangan kitar semula. Kata Snijders, budaya mesra alam Volvo turut diamalkan di Malaysia dan pusat jualannya kini menggunakan tanda harga digital (Digital Silent Salesmen) selain tidak lagi menggunakan brosur bercetak serta berusaha untuk mengurangkan bahan buangan di dalam dan luar syarikat.

Sempena Tahun Baharu Cina, Volvo menawarkan jualan menarik untuk model-model kereta terpilih. Pembeli baharu Volvo XC40 T5 R-Design akan menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun, atau dikenali juga sebagai VSA 5+. Untuk XC90 T5 Momentum dan S90 T5 Momentum pula, pembeli layak mendapat ang pow bernilai RM23,888 bersama pakej VSA 5+. Model-model PHEV terpilih juga didatangkan dengan Pakej ‘Recharge’ bernilai RM10,000 bersama pakej VSA 5+. Tawaran sah sehingga 29 Februari 2020, tertakluk kepada terma dan syarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply