ARKIB

KATEGORI

Tular

Pekerja ‘hadiahkan’ majikan Toyota Harrier sebagai tanda penghargaan

Tular

Views

Apabila rantaian pasar raya Sheng Shiong menghadiahkan kakitangan mereka dengan bonus 16 bulan pada 2021, ramai yang mengalu-alukan keputusan itu.

Bagaimana pula jika sekiranya kakitangan yang memberikan hadiah kepada majikan?

Dalam satu hantaran Facebook pada Selasa (6 Feb), kakitangan 7272 ONG Fruits di Johor membuat kejutan kepada majikan mereka, Zhang Wenhua, dengan hadiah sebuah kereta Toyota Harrier baharu.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu berharga sekitar RM277,000 (S$78,1200). Seramai 40 orang menyumbang untuk membeli hadiah mahal itu, yang disokong oleh isteri Wenhua.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut kakitangan syarikat itu, ramai di antara mereka menyandang jawatan pengurusan atau sudah menjadi pemilik saham, dan hadiah itu dianggap sebagai penghargaan mereka atas kerja keras dan kebaikan Wenhua.

“Berasa berterima kasih adalah sesuatu yang diperlukan kedua-dua pihak. Kami sungguh gembira untuk katakan, “Kami belikan bos kami kereta!,” menurut kapsyen yang tertulis pada catatan Facebook syarikat itu.

Kakitangan tersebut berkata, Wenhua layak menerima hadiah itu. Mereka berkongsi bahawa beliau menjalankan pelbagai tugas di dalam syarikatnya, dan hanya membenarkan dirinya menerima gaji selepas empat tahun memulakan syarikat tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam satu video yang merakam Wenhua dalam keadaan terkejut, beliau berkata, “Saya rasa sangat dicintai. Biasanya saya bagus ketika memarahi orang lain, tetapi saya tiada kata-kata. Pemberian kereta ini menandakan pengiktirafan dan kasih sayang semua orang.”

Dengan rendah diri, Wenhua menambah bahawa beliau merasakan ia adalah tanggungjawabnya untuk melayani semua orang dengan baik dan menghargai kejayaan kakitangannya atas kerja keras dan kepimpinan mereka untuk menjayakan syarikat tersebut.

Wenhua juga sempat bergurau bahawa kereta itu dibeli kerana beliau tidak ingin membeli kenderaan sendiri, dan selalunya bergantung kepada kenderaan syarikatnya. – berita.mediacorp.sg

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 7272 ong百果園

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply