ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua D66B dan Toyota Yaris Cross dijangka diperkenalkan menjelang April – Penganalisis

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Bhd dijangka menguasai pasaran semua segmen automotif selepas pengambilalihan pegangan dalam UMW Holdings Bhd (UMW Holdings).

Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata kehadiran Sime Darby dalam pasaran automotif tempatan akan diperluaskan ke pasaran pertengahan menerusi jenama Toyota dan pasaran mampu milik melalui Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berbanding tawaran premium di bawah edarannya.

“Ini meletakkannya pada kedudukan yang lebih baik untuk mengharungi (cabaran) rasionalisasi subsidi bahan api yang akan berlaku kelak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Selain itu, Sime Darby berkemungkinan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu Perodua D66B dan Toyota Yaris Cross yang dijangka diperkenalkan menjelang April ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Pasca pengambilalihan pegangan dalam UMW Holdings, bahagian pasaran Sime Darby melonjak daripada hanya tiga peratus kepada lebih 50 peratus.

UMW Holdings menyediakan akses kepada ekosistem Toyota yang besar, rantaian bekalan bernilai tinggi kukuh dan bakal meningkatkan pendedahan pasaran tempatan Sime Darby.

Dari segi geografi, Sime Darby akan mempunyai pendedahan yang sama di Malaysia, China dan Australia dengan baki 10 peratus di pasaran lain berbanding kebanyakannya di China sebelum ini. UMW Holdings akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia bulan ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Perjanjian penuh tunai (RM5.8 bilion) untuk memperoleh UMW Holdings dibiayai oleh Sukuk Murabahah (RM3 bilion) dan hasil jualan daripada pelupusan perniagaan penjagaan kesihatannya yang telah dimuktamadkan pada Disember lalu (RM2.8 bilion).

“Pasca integrasi perniagaan menyaksikan hutang dan penggearan bersih Sime Darby masing-masing meningkat daripada RM3.99 bilion kepada RM5.88 bilion dan 0.2 kali kepada 0.4 kali (termasuk kedudukan tunai bersih UMW Holdings berada pada RM1.12 bilion),” tambah Wan Mustaqim.

Beliau berkata, Sime Darby merancang untuk mengurangkan hutangnya melalui pelupusan tanah Lembah Wawasan Malaysia di Labu, Negeri Sembilan (RM2.96 bilion) dan tanah Komatsu serta Serendah milik UMW Holdings.

“Kami menaikkan unjuran keuntungan bersih tahun kewangan 2024 dan 2025 masing-masing sebanyak dua peratus dan 14 peratus berikutan peningkatan pendapatan daripada pemerolehan UMW Holdings,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin @ Theottle

Toyota Yaris Cross 2023

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply