ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat ringan BK 160 Gabriel terhempas tiada kotak hitam

Berita Tempatan

Views

Pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, semalam tidak mempunyai kotak hitam.

Menurut seorang pegawai agensi bawah Kementerian Pengangkutan (MOT), pesawat itu juga tiada kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta sistem kedudukan sejagat (GPS).

Justeru itu katanya, punca pesawat berkenaan terhempas sukar dikenal pasti dan akan mengambil kira-kira setahun. “Tiada kotak hitam, CVR, FDR. Malah GPS juga tiada. Kalau ada banyak bantu (siasatan).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kita akan bawa serpihan pesawat ini ke hangar berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi pesawat berkenaan terhempas di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata selepas serpihan pesawat berkenaan dikumpulkan, ia akan ‘dibina’ semula untuk mengenalpasti punca dan seterusnya dibawa ke makmal.

“Kita akan buat analisa, siasatan akan ambil masa setahun. Setakat ini tiada rumusan (mengenai punca). Enjin pesawat kita akan buka dan periksa satu persatu,” katanya.

Menurut pegawai itu lagi, seorang saksi memaklumkan melihat sayap pesawat tersebut patah di udara sebelum terhempas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Setakat ini, sukar untuk mengenalpasti punca awal pesawat itu terhempas namun kita akan lihat pada sayap termasuk hentakan yang berlaku selain enjin pesawat.

“Kita akan kaji segala kemungkinan punca kejadian ini. Orang ramai juga diharap membantu dalam menyerahkan mana-mana serpihan kecil pesawat sekiranya menemuinya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dibenarkan pesawat tanpa sebarang alat komunikasi untuk terbang, pegawai tersebut menyatakan perkara itu perlu dirujuk kepada kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Dalam kejadian semalam, penumpang dan juruterbang maut selepas pesawat ringan itu terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro dan Marianna Rychkovskaia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply