ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelajar UMP cipta pam tayar guna ekzos motosikal

Berita Tempatan

Views

Hasil inovasi pelajar Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dinamakan Express Pump ini telah dipilih sebagai penerima anugerah terbaik kualiti TRIZ Innovation Exposition 4.0 di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, Kuantan, baru-baru ini.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Menurut Harian Metro, produk ini mengambil masa sebulan untuk dihasilkan dan ia berfungsi mengepam tayar motosikal menggunakan saluran atau tiup yang disambung pada ekzos kenderaan tersebut. Menurut salah seorang daripada ahli kumpulan yang menghasilkan peralatan itu, Isma Aida Akma Ismail, 23, ia boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tayar motosikal pancit di lokasi yang jauh dari bengkel.

Katanya, alat itu menggunakan saluran khas atau tiub yang mempunyai penapis bagi memastikan asap tidak memasuki tiub. Express Pump merupakan sejenis alat ringkas, mudah digunakan dan tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk dihasilkan, serta mudah dibawa.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Bagi pemilik motosikal yang gemar berkonvoi, alat ini menjadi penyelamat jika tayar motosikal pancit kerana proses menukar tiub boleh dilakukan segera tanpa perlu ke bengkel. Isma bersama tiga rakannya iatu Hannani Hasni, 22; Muhammad Faiz Rosli, 23 dan Sultan Omar Babalghaith, 23, melakukan beberapa kali percubaan bagi memastikan Express Pump memenuhi keperluan penunggang motosikal.

Pertandingan memasuki musim keempat dan dibahagikan kepada empat kategori itu bermula Jumaat lalu itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Profesor Dr Wan Azhar Wan Yusoff.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply