ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelanggan PETRONAS Shop boleh tebus mata ganjaran Mesra menerusi aplikasi Setel

Berita Tempatan

Views

Pelanggan PETRONAS Shop kini boleh menggunakan mata ganjaran Mesra sebagai kaedah pembayaran baharu apabila membeli-belah secara dalam talian bagi barangan dan pakaian gaya hidup aktif PETRONAS.

Ciri terbaru ini merupakan tambahan kepada Program Kesetiaan Mesra sedia ada dalam aplikasi Setel, di mana pelanggan diberi mata ganjaran bukan sekadar untuk mengisi petrol di stesen PETRONAS dan membuat pembelian di Kedai Mesra.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Penambahbaikan ini membolehkan pengguna Setel Wallet untuk mengisi petrol, meletak kereta, mengecas kenderaan EV, melanggan takaful/insurans motor, pembaharuan cukai jalan, bantuan auto 24/7, pembelian dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Shop, Faizal Sulaiman berkata, pihaknya berharap kaedah pembayaran baharu ini akan membolehkan pelanggan menikmati ekosistem penawaran Setel yang holistik.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pelanggan yang menggunakan mata ganjaran Mesra semasa membuat pembelian di PETRONAS Shop hanya perlu memilih mata ganjaran Mesra sebagai cara pembayaran dan langkah ini boleh ditambah nilai dengan pembayaran dalam talian juga, sekiranya baki mata ganjaran mereka tidak mencukupi.

Selain itu, PETRONAS Shop turut memperkenalkan tawaran istimewa untuk ahli Mesra peringkat Junior ke Hero diaplikasi Setel pada awal tahun ini. Mereka boleh mendapatkan akses eksklusif dan diskaun, bergantung pada kategori keahlian mereka.

Sempena dengan pelancaran ini, PETRONAS Shop akan mengadakan peraduan bermula dari 8 September hingga 17 September 2023, di mana 10 pelanggan pertama yang menebus sebanyak 30,000 mata ganjaran Mesra di PETRONAS Shop berpeluang memenangi 10,000 mata ganjaran Mesra tambahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply