ARKIB

KATEGORI

Tular

Kanak-kanak perempuan lima tahun cedera dirempuh Hyundai Elantra ‘terlajak undur’

Tular

Views

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera apabila dilanggar sebuah kereta yang mengundur laju di hadapan sebuah kedai di Jalan Eco Grandeur, Puncak Alam di Kuala Selangor, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku ketika mangsa berada di laluan kaki lima premis tersebut dengan insiden itu turut tular menerusi video berdurasi 59 saat di laman sosial.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin berkata, siasatan mendapati ketika kejadian lelaki berusia 30-an yang memandu Hyundai Elantra dalam perjalanan mengambil anaknya dari sebuah tadika.

Setibanya di lokasi, pemandu itu yang mengundur untuk memasuki petak parkir dipercayai tertekan injak pemecut secara mendadak sehingga mengundur laju.

Tambah beliau, kereta itu kemudian melanggar mangsa yang juga pejalan kaki dan pintu depan premis kedai tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut Ambia, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera ringan dan calar di mukanya dan dilaporkan stabil serta telah dibenarkan keluar daripada hospital tersebut.

Jelas beliau, tiada penahanan dilakukan terhadap pemandu tersebut selepas keterangan diambil pihaknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO!ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply