ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu maut, lori rempuh dua kenderaan dan kedai

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori maut dalam kejadian kemalangan kira-kira pukul 3.15 petang melibatkan sebuah lori dan dua buah kereta di Jalan Bandar Lama Jerantut di Jerantut, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, satu kenyataan media berhubung kemalangan itu akan dikeluarkan oleh pihak polis selepas siasatan dilakukan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai tujuh anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 2.47 petang selepas menerima laporan.

“Komander operasi, Osman Malek mengesahkan berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang membawa muatan tar melanggar sebuah van dan merempuh sebuah kereta dan sebuah kedai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Mangsa seorang lelaki, iaitu pemandu lori berkenaan tersepit, manakala mangsa di dalam van juga seorang lelaki cedera di bahagian kaki dan telah dikeluarkan orang awam.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Adam Wong Jr.

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply