ARKIB

KATEGORI

Imej Paten

Ini mungkin versi produksi Toyota Small SU EV Concept

Imej Paten

Views

Imej paten Toyota Small SU EV Concept mula tular di alam maya baru-baru ini. Model tersebut merupakan salah satu daripada beberapa model konsep Toyota dan Lexus yang diperkenalkan pada Disember 2021.

Hampir setahun kemudian, kenderaan yang sama muncul di pejabat paten Australia dengan sedikit sahaja perubahan dan besar kemungkinan ia mungkin versi siap-produksi model berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Paling ketara ia mempunyai bahagian bawah bampar dengan corak sarang lebah dan lampu kabus bersepadu, yang lain boleh dikatakan hampir sama. Jika diperhatikan pada liang udara yang besar pada jerijinya, ia mungkin dijana oleh enjin pembakaran dalaman, selain trenkuasa elektrik.

Meskipun imej paten tidaklah selalu tepat 100 peratus, ia kelihatan sudah hampir dengan produksi. Ia mungkin berasaskan pelantar E3 yang menggabungkan elemen dari GA-C (Corolla, C-HR, dll) dan eTNGA (bZ4x). Jadi ia mungkin serasi dengan trenkuasa hibrid plug-in.

Pelantar ini dikatakan bakal menjadi asas kepada generasi baharu C-HR yang dijadualkan pada 2023, selain model baharu Prius. Meskipun model konsep Small SU EV mempunyai persamaan dengan reka bentuk C-HR, belum pasti ia bakal menjadi penggantinya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Walaubagaimanapun, model konsep bZ Compact SUV nampak lebih sesuai menjadi pengganti kepada C-HR dan turut memiliki elemen penggayaannya. Buat masa ini hanya satu model sahaja yang barada di bawah C-HR, iaitu Yaris Cross.

Mungkinkah model produksi Small SU EV ini nanti akan menyelit di antara Yaris Cross dan C-HR sebagai model berbeza? Yang berbeza cuma penggayaan yang lebih sporty dengan rekaan belakang gaya coupe, selain trenkuasa PHEV.

Adakah model ini mempunyai ‘bau-bau bacang’ dengan model Yaris Cross versi negara membangun yang akan menggunakan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B, iaitu DNGA-B? Model ini besar kemungkinan bakal menjadi model SUV terbaharu Perodua tahun depan dengan namakod D66B.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply