ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Myvi kelabu lawan arus dipenjara 3 hari dan didenda RM8,000

Berita Tempatan

Views

Pemandu Perodua Myvi kelabu yang memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dalam video tular di media sosial pada 4 September lalu telah dituduh pagi ini (14 September 2021) di Mahkhamah Trafik, Jalan Duta di bawah Seksyen 42(1) 1987 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut kenyataan media yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi JSPT KL, pemandu tersebut telah mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 3 hari dan denda sebanyak RM8,000.

Sekiranya gagal untuk memjelaskan denda tersebut, dia akan dipenjara selama 6 bulan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, pemandu itu juga hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh lima tahun dari tarikh sabitan kes.

Dalam kejadian pada 4 September lalu, sebuah Myvi kelabu dipandu seorang lelaki berbangsa Cina berusia 24 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans telah memandu dari arah Tol MEX menghala ke pusat bandar raya secara melawan arus.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JSPT KL

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply