ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA bakal melancarkan kenderaan berkuasa-hidrogen untuk tentera terlebih dahulu, versi penumpang hanya tiba pada 2028

Berita Global

Views

Hyundai antara pelopor teknologi kenderaan bertenaga hidrogen dan baru-baru ini mereka memperkenalkan kereta konsep di acara Hydrogen Wave. Mereka juga telah menawarkan Nexo FCEV sejak tahun 2018, namun KIA masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengeluarkan kereta berkuasa hidrogen.

Menurut laporan dari The Korean Blog, ini bakal berubah menjelang 2028 apabila KIA bakal memperkenalkan kereta penumpang hidrogen-elektrik pertama mereka, selepas ia digunakan terlebih dahulu dalam kenderaan tentera.

Semasa “Hydrogen Mobility Show” yang berlangsung di Korea Selatan, presiden dan CEO KIA Motors, Song Ho-Sung, berkata kepada wartawan yang mereka akan menumpukan penggunaan teknologi hidrogen untuk ketenteraan terlebih dahulu, sebelum menggunakannya dalam kenderaan penumpang bermula pada 2028.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Beliau turut mendedahkan bahawa model hidrogen pertama KIA nanti adalah sebuah “kenderaan pelbagai guna” (sama ada MPV atau SUV). Yang peliknya, model konsep kereta sport berkuasa hidrogen terbaru Hyundai yang disebut Vision FK, adalah berdasarkan model KIA Stinger.

Meskipun ia bukan untuk pengeluaran, model prototaip itu menggunakan “penukar tenaga sel bahan bakar” yang digabungkan dengan trenkuasa hibrid plug-in pacuan roda belakang.

Menurut Hyundai, sistem ini menghasilkan lebih dari 671 kuasa kuda, dengan pecutan dari 0-100 km/j  kurang dari empat saat, manakala jarak perjalanan keseluruhannya mampu melebihi 600 km.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Teknologi ketenteraan yang dinyatakan oleh CEO KIA tidak hanya berkaitan dengan kenderaan, bahkan juga penjana kuasa kecemasan sel bahan bakar hidrogen.

KIA menjangkakan bakal menukar keseluruhan kenderaan tentera mereka kepada FCEV, bermula dari kenderaan kecil dan paling ringan sehingga kepada trak yang lebih berat dan kenderaan yang dilengkapi dengan senjata.

FCEV adalah lebih sesuai digunakan untuk ketenteraan berbanding dengan BEV, kerana pengisian bahan bakar lebih cepat berbanding mengecas.

Syarikat itu juga akan menggantikan sumber bekalan kuasa yang ada (penjana diesel, bateri, dan lain-lain) dengan penyelesaian berfokus hidrogen yang lebih cepat, lebih cekap, dan mesra alam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply